My precious past time...

Alhamdulillah pernah menjadi salah seorang hamba yang terpilih untuk belajar secara formal di sekolah, mungkin ada yang tidak bernasib baik, saat aku pergi sekolah yang lain pula sedang sibuk mencari nafkah untuk hidup (aku tabik orang macam ni, tapi cerita ni tinggalkan dulu hehe) ,

Pengalaman sekolah, pergi ke sekolah, naik bas, jalan kaki, berpanas berhujan, demam, dan macam-macam  lagi,, pengalaman yang takkan dilupa.. Kadang-kadang rasa peritnya menjadi seorang pelajar, al maklumlah, fikiran baru mahu matang semua benda rasa susah, semua benda ndak kena, kadang-kadang redha, kadang-kadang pasrah..



Tapi bila, berada di sekolah, jumpa kawan masalah lain lupa, kerja rumah kena bagi, tapi kadang-kadang ndak siap, aku pernah ingat subjek add math, kalau kena bagi soalan tu, balik rumah, ndak cukup masa buat, sbb soalan susah, tapi cikgu subjek nilah paling aku ndak boleh lupa, aku bukan budak tuisyen, dan rajin buat latihan, kadang-kadang seja kunun rajin ehehe, masa exam, markah selalu dapat rendah, kadang-kadang ndak dapat score, tapi berkat cikgu yang mengajar, keputusan exam SPM subjek ni, aku ndak sangka, sbb aku target subjek ni gagal, tapi perancangan Allah lebih baikkan.. Alhamdulillah semuanya kenangan..terima kasih cikgu rainul!! :)



kadang2 di sekolah, bila cikgu tiada main-main di belakang main batu seremban,lari tepi koridor, ambil penyapu, kalah budak2 padahal super senior sekolah, ahaha cikgu ndak suruh jalan kluar dari sekolah, tapi jalan jugak, sbb mau tengok haiwan kena sembelih d asrama (aidiladha tyme tu), lepas tu, stay up dengan kawan2 di asrama, masak2 untuk pasaria, potong bawang potong sayur, potong ayam, macam2 lagila,, sampai sekarang, kalau ingat senyum2 sendiri, ada satu kes pasal tauge, ada kawan, kena suruh cabut ekor dihujung taugeh tu, bukan kepalanya, tapi dicabutnya dua2,, ahahaha (kalau yang paham, pahamla, terutamanya yang suka makan taugeh ) ahaha



pernah dulu, tyme form 3 jual nasi lemak, kawan sampai kol rumah untuk tempah nasi lemak, sampai kelas jual. Senang hati, bila kawan makan dan happy, walaupun bukan air tangan aku.. ahahaha.. mama aku pandai buat nasi lemak ok!! ahahaha, paling sedap didunia, welll~~ air tangan ibuu heee...



Dekat sekolah bernasyid, bersajak, berpidato, bermain muzik, dibuli, dipandang rendah, dan macam2 lagi. Jatuh bangun dekat sekolah, semuanya mengajar diri untuk jadi lebih berani,yakin dan menghargai.



Terlalu banyak, sangat banyak untuk dicoretkan kenangan disekolah, takkan tercukup dakwat pena, takkan terhabis kata.. Tulisan ini mungkin menjadi kenangan dan tatapan buat diri, bila sudah waktu memamah usia...



.................






Comments

Popular posts from this blog

Suara hati pada pena...

HAJAR's STORY GRADUATION DAY, PART 1: My Journey To mY Universiti LIFE!!

Now and then...