HAJAR's STORY GRADUATION DAY, PART 1: My Journey To mY Universiti LIFE!!
Alhamdulillah syukur kepada Allah, yang tidak terhingga diatas segala nikmat masa, dan kesempatan peluang dan nafas untuk menghabiskan selama 4 tahun pengajian di universiti sebagai graduan Pendidikan Dengan Sains Sosial (Major: Sejarah, Minor: Geografi ehe ) Selawat kepada baginda nabi Muhammad S.A.W dan seluruh keluarga baginda dan para sahabat. Tidak tahu untuk mula di mana, permulaan perjalanan yang begitu banyak persoalan.. meskipun sebelum ni, aku mula bertatih belajar dari darjah 1 hingga tingkatan 6, menghabiskan masa hidupku selama 16 tahun untuk waktu belajar ...Tidak pernah aku merasa rugi, betullah kata ni, "menuntut ilmu bukan setakat ke negeri China tapi ke liang lahad. Tabika Perpaduan S.K Tg Aru 11 Maktab Sabah and the precious moment ever!! Universiti Malaysia Sabah!! Hmm mari aku throwback balik kisah aku dolo2~~ mungkin agak klise ckit, ehehe tapi ini realiti yang mmg aku hadapi Aku ni bukanlah pelajar straight A, atau pelajar pin